TMK ( TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI )
Apakah itu TMK ?
- Pengertian paling asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik.
Pendekatan TMK ?
Pendekatan ini digunakan untuk :
- Membantu proses PnP
- Memperolehi maklumat
- Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
- Memperkayakan pengalaman pembelajaran
Kepentingan TMK dalam PnP awal kanak-kanak
- Dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.
- Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu pada pengkhuliahan sahaja.
- Melalui penggunaan ICT, kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini.
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
- Penggunaan peralatan ICT amat penting dalam membantu murid menjelajah dunia internet secara tidak langsung membantu perkembangan kognitif murid.
- mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
- Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar terlalu mahal mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
- Mampu membantu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia.
- Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif dan baru.
ICT sebagai alat rangsangan Pengajaran dan Pembelajaran
- Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan PnP didalam kelas adalah satu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak.
- Penggunaan komputer dalam proses PnP juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kinibagi melahirkan generasi celik komputer.
- Melalui komputer kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman dengam meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat dipasaran masa kini.
- Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai gaya pembelajaran dan kemahuan tersendiri.
No comments:
Post a Comment