Sunday 4 February 2018

Pendidikan Seni Visual Awal Kanak-Kanak 


Maksud Seni :

- Seni membawa maksud yang terlalu subjektif kepada setiap individu.
- Seni boleh merangkumi kepada seni tari, seni lukis, seni muzik, dan lain-lain.
- Seni visual adalah hasil karya seorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik seperti               melukis, mewarna, mencantum, menampal, dan sebagainya.


Peranan Pendidikan Seni Visual dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak

  • Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat-sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran manusia.
  • Pendidikan seni berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kehidupan kanak-kanak.
  • Peranan pendidikan seni dalam perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 5 aspek iaitu :
  1.  Aspek Kognitif
  2.  Aspek Fizikal 
  3.  Aspek Sosial dan Emosi
  4.  Aspek Kreativiti
  5.  Aspek Persepsi 
Dari Segi Aspek Kognitif  :

  • Penganjuran aktiviti pendidikan seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat keputusan yang bijak.
Dari Segi Aspek Fizikal :       

  • Lebih menekankan penggunaan alatan yang meberikan satu bentuk latihan berkesan kepada perkembangan otot dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
  • Latihan dan projek yang bersifat terbuka, memberi kebebasan kreativiti kanak-kanak walupun belum mengutamakan penghasilan terakhir.
Dari Segi Aspek Persepsi :

  • murid boleh ditingkatkan dan ditajamkan melalui penggunaan pancaindera dan deria apabila mereka memerhati keadaan sekeliling.
  • Kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan dan berkomunikasi sewaktu menghasilkan karya seni.
Victior Lowenfeld (1947) dalam teori perkembangannya menyenaraikan peringkat perkembangan artistik selari dengan peringkat umur kanak-kanak seperti :

1.  Peringkat Contengan/Scribbling (2 hingga 4 tahun)
  • Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. 
  • Kanak-kanak akan mula melukis dari peringkat contengan, kepada lukisan garis lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

2. Peringkat Pra Skematik (4 hingga 7 tahun)
  • Kanak-kanak akan ada peningkatan dari contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan.

3.  Peringkat Skematik (7 hingga 9 tahun)
  • Lukisan mula dihasilkan mengikut konsep tertentu.
  • Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej manusia dan objek di sekelilingnya.
  • Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

4.  Peringkat " Drawing Realism " atau " Gang Age " (9 hingga 12 tahun)
  • Kanak-kanak akan terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
  • Imej akan dilukis secara realistik dan teliti.
  • Imej-imej lukisan akan mula mengecil dari segi saiz, dan mereka akan menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya tersendiri.

-   Perkembangan artistik kanak-kanak (Huritz dan Day) terbahagi kepada tiga peringkat :

       a)  Peringkat Manipulatif/Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun)
  • Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
  • lukisan yang dihasilkan selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, atas meja, dan kertas.
  • Mereka menggunakan pelbagai medium seperti pensel, krayon dan sebagainya.
       b)  Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
  • Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
       c) Pra Remaja (10-13 tahun)
  • Terdapat percubaan melukis figura dengan saiz yang betul.
  • Lukisan figura dilukiskan dengan menitik berat gaya saiz sebenar objek.            

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN GERAK KERJA KREATIF PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK, DIKARANG OLEH YASMIN HUSSAIN(PhD) DAN NOORLIAN ISHAK MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK,...