Wednesday, 31 January 2018

TMK ( TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI )


Apakah itu TMK ?

-   Pengertian paling asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik

Pendekatan TMK ?


Pendekatan ini digunakan untuk :
  • Membantu proses PnP 
  • Memperolehi maklumat
  • Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
  • Memperkayakan pengalaman pembelajaran

Kepentingan TMK dalam PnP awal kanak-kanak 

  • Dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.
  • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu pada pengkhuliahan sahaja.
  • Melalui penggunaan ICT, kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini.
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
  • Penggunaan peralatan ICT amat penting dalam membantu murid menjelajah dunia internet secara tidak langsung membantu perkembangan kognitif murid.
  • mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
  • Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar terlalu mahal mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti  dan imaginasi mereka.
  • Mampu membantu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia.
  • Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif dan baru.

ICT sebagai alat rangsangan Pengajaran dan Pembelajaran


  • Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan PnP didalam kelas adalah satu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Penggunaan komputer dalam proses PnP juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kinibagi melahirkan generasi celik komputer.
  • Melalui komputer kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman dengam meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat dipasaran masa kini.
  • Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai gaya pembelajaran dan kemahuan tersendiri.

KEDUDUKAN KETIKA BERMAIN KOMPUTER


Wednesday, 24 January 2018

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN



PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada jenerasi masa kini dan akan datang.

        KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. kandungan KSPK adalah berasaskan 6 tunjang iaitu Tunjang Komunkasi, Tunjang Kerohanian, Tunjang Sikap Dan Nilai, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Sains dan Teknologi, dan Tunjang Keterampilan Diri.

         Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengubalan KSPK ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam p&p di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT.

         Perincian dalam dokumen ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan p&p secara berkesan. Aktiviti yang dirancang perlu memberi pengalaman yang menyuburkan dan menyeronokan, melibatkan murid secara aktif seta selamat. Guru digalak menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah, dan mempelbagai aktiviti berpandukan Standard Pembelajaran. mengikut kesesuaian murid. Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak-kehendak sebagaimana yang terkandung dalam kurikulum ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai.

        Kandungan yang dipelajari diperingkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan diperingkat sekolah rendah kelak.

MATLAMAT
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmanai,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkat kemahiran, keyakinan menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran mengikut pembelajaran seterusnya.


OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang pada murid-murid untuk mencapai objektif seperi yang berikut:
1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
2. Menggamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam
3. Menggamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyrakat Malaysia.
5. Menyanyangi dan menghargai alam sekitar.
6. Memperkembangkan konnsep kendiri yang positif dan keyakinan diri
7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri
8. Mengembangkan daya kreativiti dan estetika
9. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif seperti kemahiran menyeesaikan masalah         dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

KERANGKA KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan 6 tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai,Kemanusiaan, Keterampilan diri ,Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membagunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikran kritis dan kreatif serta inovatif sebagai yang digambarkan dalam rajah 1.

                                                                            Rajah 1

RUJUKAN GERAK KERJA KREATIF PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK, DIKARANG OLEH YASMIN HUSSAIN(PhD) DAN NOORLIAN ISHAK MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK,...