Definisi Matematik Awal
- Penguasaan matematik awal oleh murid-murid penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid-murid memahami konsep matematik.
- Pembelajaran matematik awal yang diperolehi pengalaman langsung dalam suasana mengembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.
- Terdapat pelbagai kaedah, strategi, dan mendapat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik awal di peringkat pra sekolah.
- Fasa perkembamgan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz, dan bentuk sebelum peringkat bergambar dan simbolik.
- Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian yang menangani nombor dan gambar rajah.
PRA NOMBOR
Terbahagi kepada enam iaitu :
- Pengelasan
- Perbandingan
- Seriasi
- Padanan satu sama satu
- Pola
- Keabadian
PENGELASAN
- Pengelasan adalah mengumpul objek dalam kelas atau sub kelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas.
- Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.
- Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak dan fungsi.
- Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampur semua barang-barang bersama.
- Kanak-kanak perlu mengasingkan gambar-gambar tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
- Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
- Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :
- -Memilih dan membanding.
- -Mengumpul
- -Memilih semula
- -Mengasingkan kumpulan
- -Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan, atau konsep.
PERBANDINGAN
- Adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tetentu sebagai asas perbandingan.
- Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri, kuantitatif dan kualitatif dua objek.
- Contoh perbandingan :
- Ukuran
- Tinggi : Rendah
- Tebal : Nipis
- Saiz
- Berat
- Bilangan/kuantiti
- Jenis objek
SERIASI
- Seriasi merupakan susunan lebih dari dua objek mengikut turutan berdasarkan kreatiria yang jelas.
- Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
- Contoh seriasi :
- Menyusun mengikut pola urutan
- Menyusun objek mengikut ciri
PADANAN SATU DENGAN SATU
- Padanan satu dengan satu adalah hubungan berkaitan satu dengan satu antara objek yang sama tau berbeza.
- Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.
- Contoh padanan satu dengan satu :
- Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
- Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garfu dengan sudu.
- Memadan bilangan yang sama.
- Memadan bilangan objek dengan simbol nombor
POLA
- Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola.
- Contohya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam.
- Terdapat 4 cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid :
- Meniru pola.
- Menyambung pola
- Melengkapkan pola
- Membina pola sendiri
KEABADIAN
- Ketekalan merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan
- Tujuan konsep keabadian di perkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan ispadu walupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.
OPERASI TAMBAH
- Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek
- Guru boleh menggunakan pendekatan (gambar, simbol) ketika mengajar operasi tambah
- Contoh operasi tambah :
- Menggunakan objek konkrit
- Menggunakan bahasa yang betul
3+5 = 8
- Tiga tambah lima sama dengan lapan
- Menggunakan gambar untuk memwakili nombor-nombor tersebut
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut
+ =
OPERASI TOLAK
- Operasi tolak merupakan beberapa makna atau pengertian seperti berikut :
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal
- Membandingkan dan mencari perbezaan melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan
- Berapa lagi yang diperlukan, melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah di ketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal
No comments:
Post a Comment