Wednesday, 28 February 2018

                                                            RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KELAS                                          : CAHAYA PERMATA 
TARIKH                                        : 3 JANUARI 2018 
MASA                                            : 9.00-10.00 PAGI
BILANGAN MURID                    : 10 ORANG
MODUL                                         : TERAS ASAS 
TEMA                                            :
SUBTEMA/TAJUK                       : WARNAI PELANGI
TUNJANG UTAMA                     : TUNJANG KREATIVITI DAN ESTETIKA
FOKUS                                          : 
STANDARD KANDUNGAN       : KE 3.3 MENZAHIRKAN IDEA KREATIF DALAM 
                                                         PENGHASILAN KARYA SENI (EKSPRESI KREATIF)
STANDARD PEMBELAJARAN  : KE 3.3.3 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI 
KESEPADUAN TUNJANG           : TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI 
OBJEKTIF PEMBELAJARAN      : DI AKHIR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INI KANAK-KANAK DAPAT :-

A) MEMBEZAKAN WARNA-WARNA PELANGI IAITU MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, 
     BIRU, UNGU DAN MERAH JAMBU
B) MENINGKATKAN MOTOR HALUS IAITU TANGAN DAN MATA 

PENGETAHUAN SEDIA ADA     : KANAK-KANAK SUDAH MENGENAL BEBERAPA 
                                                           WARNA
KEMAHIRAN BERFIKIR             :
PENERAPAN NILAI                      : BEKERJASAMA DAN MENDENGAR ARAHAN
BAHAN BANTU MENGAJAR     : GAM, KERTAS WARNA, BATANG AISKRIM YANG
                                                            BERWARNA DAN  KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI


LANGKAH-LANGKAH : 

1) GURU MENUNJUKKAN VIDEO TENTANG PELANGI KEPADA KANAK-KANAK.
2) GURU MENANYAKAN SOALAN KEPADA KANAK-KANAK TENTANG WARNA                       PELANGI YANG ADA DIDALAM VIDEO TERSEBUT.
3) GURU MENUNJUKKAN BATANG AISKRIM DAN MENYUSUN BATANG AISKRIM                  TERSEBUT MENGIKUT WARNA PELANGI.
4) GURU MEMINTA SEORANG DEMI SEORANG KANAK-KANAK UNTUK MENYUSUN          BATANG AISKRIM MENGIKUT WARNA PELANGI.
5) GURU MENUNJUKKAN BEBERAPA BAHAN IAITU GAM, KERTAS WARNA DAN 
     KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI KEPADA KANAK-KANAK.
6) GURU MEMBERIKAN ARAHAN CARA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI KOLAJ 
     TERSEBUT.
7) GURU MEMBERIKAN KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI, GAM DAN KERTAS 
     WARNA KEPADA KANAK-KANAK.
8) GURU MEMINTA KANAK-KANAK UNTUK MELEKATKAN KERTAS WARNA 
    MENGIKUT WARNA PELANGI PADA KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI TERSEBUT.
9) GURU MEMANTAU KANAK-KANAK KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI TERSEBUT. 


                                                  AKTIVITI MEMBUAT KOLAJ



Sunday, 4 February 2018

Pendidikan Seni Visual Awal Kanak-Kanak 


Maksud Seni :

- Seni membawa maksud yang terlalu subjektif kepada setiap individu.
- Seni boleh merangkumi kepada seni tari, seni lukis, seni muzik, dan lain-lain.
- Seni visual adalah hasil karya seorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik seperti               melukis, mewarna, mencantum, menampal, dan sebagainya.


Peranan Pendidikan Seni Visual dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak

  • Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat-sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran manusia.
  • Pendidikan seni berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kehidupan kanak-kanak.
  • Peranan pendidikan seni dalam perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 5 aspek iaitu :
  1.  Aspek Kognitif
  2.  Aspek Fizikal 
  3.  Aspek Sosial dan Emosi
  4.  Aspek Kreativiti
  5.  Aspek Persepsi 
Dari Segi Aspek Kognitif  :

  • Penganjuran aktiviti pendidikan seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat keputusan yang bijak.
Dari Segi Aspek Fizikal :       

  • Lebih menekankan penggunaan alatan yang meberikan satu bentuk latihan berkesan kepada perkembangan otot dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
  • Latihan dan projek yang bersifat terbuka, memberi kebebasan kreativiti kanak-kanak walupun belum mengutamakan penghasilan terakhir.
Dari Segi Aspek Persepsi :

  • murid boleh ditingkatkan dan ditajamkan melalui penggunaan pancaindera dan deria apabila mereka memerhati keadaan sekeliling.
  • Kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan dan berkomunikasi sewaktu menghasilkan karya seni.
Victior Lowenfeld (1947) dalam teori perkembangannya menyenaraikan peringkat perkembangan artistik selari dengan peringkat umur kanak-kanak seperti :

1.  Peringkat Contengan/Scribbling (2 hingga 4 tahun)
  • Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. 
  • Kanak-kanak akan mula melukis dari peringkat contengan, kepada lukisan garis lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

2. Peringkat Pra Skematik (4 hingga 7 tahun)
  • Kanak-kanak akan ada peningkatan dari contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan.

3.  Peringkat Skematik (7 hingga 9 tahun)
  • Lukisan mula dihasilkan mengikut konsep tertentu.
  • Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej manusia dan objek di sekelilingnya.
  • Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

4.  Peringkat " Drawing Realism " atau " Gang Age " (9 hingga 12 tahun)
  • Kanak-kanak akan terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
  • Imej akan dilukis secara realistik dan teliti.
  • Imej-imej lukisan akan mula mengecil dari segi saiz, dan mereka akan menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya tersendiri.

-   Perkembangan artistik kanak-kanak (Huritz dan Day) terbahagi kepada tiga peringkat :

       a)  Peringkat Manipulatif/Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun)
  • Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
  • lukisan yang dihasilkan selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, atas meja, dan kertas.
  • Mereka menggunakan pelbagai medium seperti pensel, krayon dan sebagainya.
       b)  Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
  • Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
       c) Pra Remaja (10-13 tahun)
  • Terdapat percubaan melukis figura dengan saiz yang betul.
  • Lukisan figura dilukiskan dengan menitik berat gaya saiz sebenar objek.            

RUJUKAN GERAK KERJA KREATIF PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK, DIKARANG OLEH YASMIN HUSSAIN(PhD) DAN NOORLIAN ISHAK MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK,...