PENGENALAN NYANYIAN
Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam kurikulum pendidikan muzik. Proses mempelajari semua lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Lagu merupakan sumber utama yang boleh di huraikan beberapa bahagian :
1) Aural
- Kemahiran mendengar melalui lagu dipelajari
- Fizikal iaitu pengenalan penafasan mekanisma vokal.
- Kefahaman lirik lagu, kosa kata dan penguasaan bahasa.
- Kebolehan mengingat bunyi muzik dan hasil semula.
5) Persembahan
- Menghasilkan irama, melodi dengan peka dan tepat
6) Interaksi sosial
- Kebolehan berkerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.
7) Komunikasi
- Menyatakan rasa melalui nyanyian
TEKNIK PERNAFASAN
Dengan penguasaan pernafasan yang baik seseorang dapat merasakan ton suara berkualiti, sebutan yang jelas serta rada yang tepat. Proses pernafasan melibatkan perkembangan pada rangka rusuk abdomen dan diorakma.
LATIHAN PERNAFASAN
1) Menghembus dan menarik nafas
- Hembuskan semula udara sehingga anda terasa memerlukan udara kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
2) Bernafas secara cepat
- Kebiasaannya apabila seseorang terkejut dia akan menarik nafas secara cepat ulang perbuatan ini beberapa kali.
3) Pernafasan Staccato
- Kelebihan ini dilakukan dengan sebutan secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakn otot ke bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan.
4) Hiss/Hoo
- Sambil menarik nafas secara perlahan angkat kedua tangan ke atas secara perlahan dan menghembus nafas dengan bunyi hiss @ hoo.
KEDUDUKAN MENYANYI
A) Kedudukan Berdiri
- Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika keadaan berdiri adalah seperti :-
1) Kaki - Berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggangkan sedikit
2) Lutut - Dilonggarkan (rilex), tidak kaku.
3) Badan - Belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
4) Dada - Di naikkan sedikit.
5) Bahu - Ditarikkan sedikit ke belakang
6) Dagu - Selari dengan lantai
7) Tangan - Berada disisi.
- Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk :
- Bahagian badan hingga kepala keadaan sama seperti kedudukan berdiri.
- Belakang badan tidak bersandar pada kerusi.
- Punggung diletakkan di tengah-tengah kerusi.
- Kaki diletak di atas lantai dan satu kaki ke hadapan sedikit.
- Tangan diletakkan di atas paha.
KEGUNAAN ALAT MUZIK
ALAT PERKUSI
- Merupakan kumpulan alat-alat muzik yang dianggap paling tua.
- Dimainkan sama ada diketuk atau digoncang
- Sesetengah alat perkusi bukan sahaja bukan sahaja memaikan irama tetapi ada yang boleh dimainkan melodi secara harmoni
- Alat perkusi mempunyai pelbagai ton yang berbeza termasuk iarama yang boleh di tala (tiun)
- Perubahan ton tergantung pada alat tersebut sama ada ditala atau tidak.
PANCARAGAM ALAT GENDERANG
- Pancaragam alat genderang merupakan aktiviti yang dikenali di tadika
- Memainkan alat-alat yang mudah
- Pancaragam alat genderang tujuan yang pertama adalah untuk memperkenalkan muzik kepada kanak-kanak
- Alat yang digunakan pancaragam:
PEMBENTUKAN PANCARAGAM KANAK-KANAK
- Kanak-kanak harus berdiri dalam kumpulan alat muzik yang agak padat.
- Setiap kumpulan alat muzik harus berasing supaya mudah dilihat oleh pemimpin pancaragam.
- Kedudukan sebenar kumpulan pancaragam;
- Tamborin dan kerincing dipisahkan
- Tamborin disebelah kiri kondukter
- Kondakter boleh merendahkan bunyi tamborin memberi insyarat tangan kiri
No comments:
Post a Comment