Monday, 2 April 2018

GAMES MATHS FOR KIDS 

1)  Games Quick Calculate             <- CLICK 
2)  Game Counting in the kitchen   <- CLICK
3)  Games Building Blocks Logik  <- CLICK
4)  Games For Kids and activities   <- CLICK
5) Games Math For Kids                 <- CLICK

Sunday, 18 March 2018

PENDIDIKAN MUZIK AWAL KANAK-KANAK 


PENGENALAN NYANYIAN 

   
         Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam kurikulum pendidikan muzik. Proses mempelajari semua lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Lagu merupakan sumber utama yang boleh di huraikan beberapa bahagian :

1) Aural 
  •      Kemahiran mendengar melalui lagu dipelajari
2) Fizikal
  • Fizikal iaitu pengenalan penafasan mekanisma vokal.
3) Verbal 
  • Kefahaman lirik lagu, kosa kata dan  penguasaan bahasa.
 4) Daya Ingatan Muzikal

  • Kebolehan mengingat bunyi muzik dan hasil semula.
5) Persembahan 
  • Menghasilkan irama, melodi dengan peka dan tepat 
6) Interaksi sosial 
  • Kebolehan berkerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.
7) Komunikasi 
  • Menyatakan rasa melalui nyanyian

TEKNIK PERNAFASAN 
          Dengan penguasaan pernafasan yang baik seseorang dapat merasakan ton suara berkualiti, sebutan yang jelas serta rada yang tepat. Proses pernafasan melibatkan perkembangan pada rangka rusuk abdomen dan diorakma. 

LATIHAN PERNAFASAN 

1) Menghembus dan menarik nafas 
  • Hembuskan semula udara sehingga anda terasa memerlukan udara kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
2) Bernafas secara cepat 
  • Kebiasaannya apabila seseorang terkejut dia akan menarik nafas secara cepat ulang perbuatan ini beberapa kali.
3) Pernafasan Staccato 
  • Kelebihan ini dilakukan dengan sebutan secara berulang-ulang sehingga murid dapat merasakn otot ke bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan.
4) Hiss/Hoo
  • Sambil menarik nafas secara perlahan angkat kedua tangan ke atas secara perlahan dan menghembus nafas dengan bunyi hiss @ hoo.
KEDUDUKAN MENYANYI 

A) Kedudukan Berdiri 

- Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika keadaan berdiri adalah seperti :-

1) Kaki - Berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggangkan sedikit
2) Lutut - Dilonggarkan (rilex), tidak kaku.
3) Badan - Belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
4) Dada - Di naikkan sedikit.
5) Bahu - Ditarikkan sedikit ke belakang
6) Dagu - Selari dengan lantai
7) Tangan - Berada disisi.

- Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk :

  • Bahagian badan hingga kepala keadaan sama seperti kedudukan berdiri.
  • Belakang badan tidak bersandar pada kerusi.
  • Punggung diletakkan di tengah-tengah kerusi.
  • Kaki diletak di atas lantai dan satu kaki ke hadapan sedikit.
  • Tangan diletakkan di atas paha. 
KEGUNAAN ALAT MUZIK 

ALAT PERKUSI 
  • Merupakan kumpulan alat-alat muzik yang dianggap paling tua.
  • Dimainkan sama ada diketuk atau digoncang
  • Sesetengah alat perkusi bukan sahaja bukan sahaja memaikan irama tetapi ada yang boleh dimainkan melodi secara harmoni
  • Alat perkusi mempunyai pelbagai ton yang berbeza termasuk iarama yang boleh di tala (tiun)
  • Perubahan ton tergantung pada alat tersebut sama ada ditala atau tidak.
PANCARAGAM ALAT GENDERANG
  • Pancaragam alat genderang merupakan aktiviti yang dikenali di tadika
  • Memainkan alat-alat yang mudah 
  • Pancaragam alat genderang tujuan yang pertama adalah untuk memperkenalkan muzik kepada kanak-kanak
  • Alat yang digunakan pancaragam:  
              - Drum











              - Tamborin









         


           - Kerincing







           




 - Kastenet














  • Untuk menambah kesan istimewa alat-alat perlu ditambah :
              - Drumbase







         






              - Simbal etik











       


              - Simbal solo














PEMBENTUKAN PANCARAGAM KANAK-KANAK 
  • Kanak-kanak harus berdiri dalam kumpulan alat muzik yang agak padat.
  • Setiap kumpulan alat muzik harus berasing supaya mudah dilihat oleh pemimpin pancaragam.
  • Kedudukan sebenar kumpulan pancaragam;
          -  Meletakkan dram ditengah.
          - Tamborin dan kerincing dipisahkan
          - Tamborin disebelah kiri kondukter
          - Kondakter boleh merendahkan bunyi tamborin memberi insyarat tangan kiri
          - Kondakter tidak boleh duduk diatas kerusi ataupun bertenggek atas kerusi.





Thursday, 15 March 2018

PENDIDIKAN MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK


Definisi Matematik Awal
  1.  Penguasaan matematik awal oleh murid-murid penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid-murid memahami konsep matematik.
  2. Pembelajaran matematik awal yang diperolehi pengalaman langsung dalam suasana mengembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.
  3. Terdapat pelbagai kaedah, strategi, dan mendapat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik awal di peringkat pra sekolah.
  4. Fasa perkembamgan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz, dan bentuk sebelum peringkat bergambar dan simbolik.
  5. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian yang menangani nombor dan gambar rajah.


PRA NOMBOR 

Terbahagi kepada enam iaitu :
  1.  Pengelasan
  2. Perbandingan
  3. Seriasi
  4. Padanan satu sama satu
  5. Pola 
  6. Keabadian 

PENGELASAN 
  1. Pengelasan adalah mengumpul objek dalam kelas atau sub kelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas.
  2. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.
  3. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak dan fungsi.
  4. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampur semua barang-barang bersama.
  • Kanak-kanak perlu mengasingkan gambar-gambar tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
  • Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
  • Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :
  • -Memilih dan membanding.
  • -Mengumpul
  • -Memilih semula
  • -Mengasingkan kumpulan
  • -Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan, atau konsep.


PERBANDINGAN
  1. Adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tetentu sebagai asas perbandingan.
  2. Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri, kuantitatif dan kualitatif dua objek.
  3. Contoh perbandingan :
  • Ukuran 
            - Panjang : Pendek











         


               - Tinggi : Rendah













       





                       - Tebal : Nipis















  •  Saiz 
             - Besar - kecil












  •  Berat 
             -  Berat - ringan






  • Bilangan/kuantiti 
             -  Banyak - sedikit
















  • Jenis objek

SERIASI 
  1. Seriasi merupakan susunan lebih dari dua objek mengikut turutan berdasarkan kreatiria yang jelas.
  2. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
  3. Contoh seriasi :
  • Menyusun mengikut pola urutan
               Kecil - besar, nipis - tebal, rendah - tinggi, pendek - panjang, sempit - luas.
  • Menyusun objek mengikut ciri

PADANAN SATU DENGAN SATU 
  1. Padanan satu dengan satu adalah hubungan berkaitan satu dengan satu antara objek yang sama tau berbeza.
  2. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.
  3. Contoh padanan satu dengan satu :
  • Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
  • Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garfu dengan sudu.
  • Memadan bilangan yang sama.
  • Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

POLA 
  1. Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola.
  2. Contohya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam.
  3. Terdapat 4 cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid :
  • Meniru pola.
  • Menyambung pola
  • Melengkapkan pola
  • Membina pola sendiri 

KEABADIAN 
  1. Ketekalan merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan
  2. Tujuan konsep keabadian di perkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan ispadu walupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

OPERASI TAMBAH 
  1. Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek
  2. Guru boleh menggunakan pendekatan (gambar, simbol) ketika mengajar operasi tambah
  3. Contoh operasi tambah :
  • Menggunakan objek konkrit
  • Menggunakan bahasa yang betul 
            3+5 = 8
      - Tiga tambah lima sama dengan lapan
  • Menggunakan gambar untuk memwakili nombor-nombor tersebut
  • Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut
                   +        = 

OPERASI TOLAK 
  1.  Operasi tolak merupakan beberapa makna atau pengertian seperti berikut :
  • Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal
  • Membandingkan dan mencari perbezaan melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan 
  • Berapa lagi yang diperlukan, melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah di ketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal

Tuesday, 13 March 2018

MEMBUAT ORIGAMI BAJU



BAHAN-BAHAN :

1) Kertas warna
2) Gunting


CARA-CARA :

1) Guru menayangkan video tentang cara-cara untuk membuat origami baju kepada kanak-kanak.
2) Guru menanyakan soalan tentang bahan-bahan yang digunakan semasa membuat origami tersebut.
3) Guru menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan kepada kanak-kanak.
4) Guru memberikan bahan-bahan tersebut kepada setiap orang kanak-kanak.
5) Guru membuat origami tersebut dan meminta kanak-kanak untuk membuat bersama-sama.
6) Setelah selesai membuat origami tersebut guru meminta kanak-kanak mempamerkan hasil origami mereka.
7) Guru memberikan tepukan dan pujian.
PENDIDIKAN SENI VISUAL AWAL KANAK-KANAK (TIUPAN)




BAHAN-BAHAN :

1) Straw
2) Kertas Lukisan 
3) Cat Air

CARA-CARA :

1) Guru menunjukkan bahan-bahan iaitu straw, kertas lukisan, dan cat air kepada kanak-kanak.
2) Guru menerangkan cara-cara untuk melakukan aktiviti tiupan tersebut.
3) Guru memberikan setiap orang kanak-kanak bahan-bahan tersebut.
4) Guru meminta kanak-kanak untuk melakukan aktiviti tiupan.
5) Guru membantu kanak-kanak semasa aktiviti seni di jalankan.
6) Setelah selesai guru meminta kanak-kanak menjemur hasil lukisan mereka di luar kelas.
7) Guru memuji hasil kerja kanak-kanak dan memberikan tepukan.
8) Guru membuat penilaian terhadap kanak-kanak.

Wednesday, 28 February 2018

                                                            RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KELAS                                          : CAHAYA PERMATA 
TARIKH                                        : 3 JANUARI 2018 
MASA                                            : 9.00-10.00 PAGI
BILANGAN MURID                    : 10 ORANG
MODUL                                         : TERAS ASAS 
TEMA                                            :
SUBTEMA/TAJUK                       : WARNAI PELANGI
TUNJANG UTAMA                     : TUNJANG KREATIVITI DAN ESTETIKA
FOKUS                                          : 
STANDARD KANDUNGAN       : KE 3.3 MENZAHIRKAN IDEA KREATIF DALAM 
                                                         PENGHASILAN KARYA SENI (EKSPRESI KREATIF)
STANDARD PEMBELAJARAN  : KE 3.3.3 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI 
KESEPADUAN TUNJANG           : TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI 
OBJEKTIF PEMBELAJARAN      : DI AKHIR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INI KANAK-KANAK DAPAT :-

A) MEMBEZAKAN WARNA-WARNA PELANGI IAITU MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, 
     BIRU, UNGU DAN MERAH JAMBU
B) MENINGKATKAN MOTOR HALUS IAITU TANGAN DAN MATA 

PENGETAHUAN SEDIA ADA     : KANAK-KANAK SUDAH MENGENAL BEBERAPA 
                                                           WARNA
KEMAHIRAN BERFIKIR             :
PENERAPAN NILAI                      : BEKERJASAMA DAN MENDENGAR ARAHAN
BAHAN BANTU MENGAJAR     : GAM, KERTAS WARNA, BATANG AISKRIM YANG
                                                            BERWARNA DAN  KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI


LANGKAH-LANGKAH : 

1) GURU MENUNJUKKAN VIDEO TENTANG PELANGI KEPADA KANAK-KANAK.
2) GURU MENANYAKAN SOALAN KEPADA KANAK-KANAK TENTANG WARNA                       PELANGI YANG ADA DIDALAM VIDEO TERSEBUT.
3) GURU MENUNJUKKAN BATANG AISKRIM DAN MENYUSUN BATANG AISKRIM                  TERSEBUT MENGIKUT WARNA PELANGI.
4) GURU MEMINTA SEORANG DEMI SEORANG KANAK-KANAK UNTUK MENYUSUN          BATANG AISKRIM MENGIKUT WARNA PELANGI.
5) GURU MENUNJUKKAN BEBERAPA BAHAN IAITU GAM, KERTAS WARNA DAN 
     KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI KEPADA KANAK-KANAK.
6) GURU MEMBERIKAN ARAHAN CARA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI KOLAJ 
     TERSEBUT.
7) GURU MEMBERIKAN KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI, GAM DAN KERTAS 
     WARNA KEPADA KANAK-KANAK.
8) GURU MEMINTA KANAK-KANAK UNTUK MELEKATKAN KERTAS WARNA 
    MENGIKUT WARNA PELANGI PADA KERTAS A4 BERGAMBAR PELANGI TERSEBUT.
9) GURU MEMANTAU KANAK-KANAK KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI TERSEBUT. 


                                                  AKTIVITI MEMBUAT KOLAJ



Sunday, 4 February 2018

Pendidikan Seni Visual Awal Kanak-Kanak 


Maksud Seni :

- Seni membawa maksud yang terlalu subjektif kepada setiap individu.
- Seni boleh merangkumi kepada seni tari, seni lukis, seni muzik, dan lain-lain.
- Seni visual adalah hasil karya seorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik seperti               melukis, mewarna, mencantum, menampal, dan sebagainya.


Peranan Pendidikan Seni Visual dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak

  • Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat-sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran manusia.
  • Pendidikan seni berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kehidupan kanak-kanak.
  • Peranan pendidikan seni dalam perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 5 aspek iaitu :
  1.  Aspek Kognitif
  2.  Aspek Fizikal 
  3.  Aspek Sosial dan Emosi
  4.  Aspek Kreativiti
  5.  Aspek Persepsi 
Dari Segi Aspek Kognitif  :

  • Penganjuran aktiviti pendidikan seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat keputusan yang bijak.
Dari Segi Aspek Fizikal :       

  • Lebih menekankan penggunaan alatan yang meberikan satu bentuk latihan berkesan kepada perkembangan otot dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
  • Latihan dan projek yang bersifat terbuka, memberi kebebasan kreativiti kanak-kanak walupun belum mengutamakan penghasilan terakhir.
Dari Segi Aspek Persepsi :

  • murid boleh ditingkatkan dan ditajamkan melalui penggunaan pancaindera dan deria apabila mereka memerhati keadaan sekeliling.
  • Kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan dan berkomunikasi sewaktu menghasilkan karya seni.
Victior Lowenfeld (1947) dalam teori perkembangannya menyenaraikan peringkat perkembangan artistik selari dengan peringkat umur kanak-kanak seperti :

1.  Peringkat Contengan/Scribbling (2 hingga 4 tahun)
  • Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. 
  • Kanak-kanak akan mula melukis dari peringkat contengan, kepada lukisan garis lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

2. Peringkat Pra Skematik (4 hingga 7 tahun)
  • Kanak-kanak akan ada peningkatan dari contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan.

3.  Peringkat Skematik (7 hingga 9 tahun)
  • Lukisan mula dihasilkan mengikut konsep tertentu.
  • Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej manusia dan objek di sekelilingnya.
  • Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

4.  Peringkat " Drawing Realism " atau " Gang Age " (9 hingga 12 tahun)
  • Kanak-kanak akan terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
  • Imej akan dilukis secara realistik dan teliti.
  • Imej-imej lukisan akan mula mengecil dari segi saiz, dan mereka akan menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya tersendiri.

-   Perkembangan artistik kanak-kanak (Huritz dan Day) terbahagi kepada tiga peringkat :

       a)  Peringkat Manipulatif/Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun)
  • Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
  • lukisan yang dihasilkan selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, atas meja, dan kertas.
  • Mereka menggunakan pelbagai medium seperti pensel, krayon dan sebagainya.
       b)  Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
  • Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
       c) Pra Remaja (10-13 tahun)
  • Terdapat percubaan melukis figura dengan saiz yang betul.
  • Lukisan figura dilukiskan dengan menitik berat gaya saiz sebenar objek.            

RUJUKAN GERAK KERJA KREATIF PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK, DIKARANG OLEH YASMIN HUSSAIN(PhD) DAN NOORLIAN ISHAK MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK,...